Thursday, December 24, 2009
Kereta Baru
Wednesday, November 18, 2009
~Cuba Jadi Manusia ~

aku tidak takut disoal oleh Allah taala apakah ilmu yang kau ada? tetapi aku takut disoal oleh Allah s.w.t apakah ilmu yang engkau lakukan dengan ilmu yang engkau ada?
p/s: penulis sgt2 rindukan sekolah.. dan mengharap keputusan peperiksaan semester ini cemerlang, gemilang, & terbilang. Ameen~~
Tuesday, November 17, 2009
Tatkala Realiti tak Seindah Mimpi
www.iLuvislam.com
Rashidah Abdul Hamid*
Editor : NuurZaffan

Now, I respect my parents very much. Firstly, for all of their love and affection, But secondly, for bringing me up the way they did, with strict emphasis on hard work and discipline. I remember when I was a kid, my mother would make me go to school even when I was sick, so long as it was not contagious. My father would say to her, "Kalau budak tu pergi sekolah pun, apa yang dia boleh belajar, sakit macam tu?" (Even if she went to school, what can she possibly learn in that illness?) And her answer had always stuck with me ever since,
"Biarlah dia belajar susah nak dapatkan ilmu. Nak pandai kena susah sikit." (Let her at least learn that life isn't always easy. If you want to know, you have to suffer for a bit)
And that must have been one of the most influential drives I have ever had. I'm sure I whined about many things in the past, but the whole time, there was never any doubt in me that all the hardship will pay. If not soon, than maybe later. It will pay. The way my parents taught me to look at life, everything depends on your efforts. If you get it, that means you've earned it. If you didn't get it, that means you haven't worked hard enough.

I only began to realize last night, how wrong that is. My parents' perspective, even when it has often prompted many a positive result, only pays those whose achievement corresponds exactly with what they want. And I feel that to be rather misleading. Perhaps we want X, and we do everything within our means to get X, but we end up with Y instead. That doesn't mean we have failed. Neither does that mean we did not put enough efforts. Sometimes, X is not always the best thing for us and maybe Y is. When we get Y instead of X, we should not be made to feel as if we have failed just because we did not get X.
It all comes down to the debate of gift and earning. I believe we do not get good things because we earn them. We get good things because the Ultimate Owner of good things is ever Merciful. All of our hard work alone does not bring us anything in the end. It simply goes to show or prove that we are deserving and worthy of such mercy. So yes, hard work is important but that does not provide a sure guarantee for the realization of our wants and desire.
I think it is vital to get that straight because we often see around us (or we do it ourselves) how people become dejected upon not achieving what they've worked so hard for. At times like that, my parents' philosophy would seem so harsh and cruel. "You got a B for your test? Tu tak study la tu. Kalau study, mesti dapat A!" I mean, we don't know how hard some people work but still end up with mediocre exam results. When that happens, they should not be expected to feel as though they have failed, not only themselves, but all around them. Perhaps those test grades are the best things for us. Be content with has happened. Use it as a basis for a better future.
So in the end, there is really nothing to get so upset about. Or nothing to get so ecstatic about. Kipling described it aptly, If you can meet with Triumph and Disaster/And treat those two impostors just the same... Yours is the Earth and everything that's in it. I interpret the the second verse like this: everything in the world becomes yours simply because you have no wants of it. If that makes sense. I was reminded of another saying; the richest man is not he who has the most, but he who wants the least. So if you don't get what you want, worry not, and be not upset. Chances are, you've already got more than enough anyway.
Monday, October 26, 2009
BERSEDIA UNTUK TIDAK BERSEDIA

PUTRAJAYA: Empat sekeluarga, termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, meninggal dunia apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah Proton Saga, di Kilometer 1.5, Persiaran Selatan, Jalan Kajang-Dengkil, dekat sini tengah hari semalam.
Mereka yang terbunuh ialah Wan Hanisah Wan Ibrahim, 56; dua anaknya, Nor Lenny Marlina Mohd Zawawi, 28, dan Nor Adilah, 26; serta cucunya, Siti Nur Balqis Mohammad Ariffadilah, tiga bulan yang juga anak Nor Lenny Marlina.
Kejadian berlaku jam 1 tengah hari ketika kereta yang dipandu Nor Adilah dari arah Kajang ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bertembung dengan kereta yang terbabas dari arah bertentangan.
Nor Adilah dan Nor Lenny Marlina meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Semua mangsa cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, berkata pemandu Proton Saga, seorang wanita berusia 44 tahun patah kaki dan dirawat di Hospital Putrajaya.
Zahedi berkata, kereta Proton Saga dari arah PICC ke Serdang itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas melintasi pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan serta bertembung dengan kereta mangsa.
| GAMBAR dari atas, Nor Lenny Marlina dan Nor Adilah |
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Desa Pinggiran Putra, dekat sini selepas membeli-belah di Alamanda, berhampiran tempat kejadian.
Jenazah Nor Lenny Marlina dan Nor Adilah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala Wan Hanisah dan cucunya dihantar ke Hospital Putrajaya.
Sementara itu, suami Wan Hanisah, Mohd Zawawi Abdlah, 56, yang bertugas di Kementerian Kewangan, berkata beliau mahu menghantar buaian yang dibelikan untuk Siti Nur Balqis ke rumahnya pada jam 12.40 tengah hari tetapi pintu rumah berkunci kerana mereka sudah keluar.
"Saya berpatah balik ke pejabat di Putrajaya, tetapi dalam perjalanan saya lihat ada kemalangan di lorong bertentangan dan ternampak kereta Perodua Kancil yang remuk.
Abang mangsa dua beradik itu, Mohd Khairul Dahri, 29, kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, pula berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapanya kira-kira jam 1 tengah hari memaklumkan kemalangan itu dan memintanya datang melihat sendiri di tempat kejadian.
"Apabila sampai di situ, polis memaklumkan dua adik saya terbunuh tetapi ibu, adik dan anak saudara saya sudah tidak ada di situ," katanya yang kali terakhir bertemu ibu dan adik-adiknya di rumah mereka malam kelmarin.
Ya ALLAH! hanya itu lafaz yg saya mampu katakan tatkala menyaksikan kemalangan yg terjadi ketika menghantar adik ke KTM jam 2 ptg semalam. banyak kereta yg berhenti. tetapi, kerana mengejar masa untuk mengambil ibu & adik kt skolah, saya batalkan hasrat untuk turun dari kereta. pulang jam 4, masih lagi terdapat bangkai kereta yg sedang diusahakan untuk dibawa ke balai polis bagi tujuan siasatan.jauh di sudut hati, saya doakan yg terbabit selamat. tepat jam 7.20 p.m= dapat panggilan daripada kak iza. " salam tiqah, pegi tengok mak mertua abg ikram ngan 3 adik ipar dia tak? kalau pergi, sampaikann salam takziah daripada PKPIM pusat ye". kelunya lidah, tak tahu nak ckp ape.. rupanya, kemalangan yg disaksikan tadi bukanlah org yg tidak dikenali. Berita ini juga menjadi berita utama dalam buletin utama tv3.
9.15 p.m= bersiap untuk menziarahi keempat2 jenazah yg baru dibawa pulang dari kospital.. hanya tuhan yang tahu, tatkala si suami yg baru kehilangan isteri & 2 anak serta seorang cucu dengan tabah membuka kain kapan yg membaluti tubuh isteri & cucunya. Tabahnya~~ riak tenang & sabar kelihatan. apa saya bersedia untuk situasi tersebut?? bukan mendoakan, memperingatkan diri jua.
mata saya mula berair tatkala kain kafan sang bayi dibuka. " adik ini masih kecil, 3 bulan baru umurnya, apa aku bisa mengkhianati peluang yang diberikan oleh ALLAH untuk mampu bernafas hingga hari ini?? setelah 20 tahun lamanya??.."huhu..
Usai abah solat jenazah, kami pun mahu mengundur diri. katanya mahu dikebumikan malam tadi jugak. kenapa kena kebumi awal?? sebab nak elakkan fitnah, mangsa kemalangan ada banyak darah dan mudah berbau busuk= kata mama. Sebelum sempat ayah kepada bayi & suami mangsa kemalangan sampai, kami sekeluarga sudahpun bergerak pulang. iya, saya senditak mampu melihat apakah reaksi daripada musafir dari kelantan itu yang sekaligus kehilangan anak & isterinya.
banyak sungguh celoteh saya. mungkin ada sahabat2 yg kata saya x sedar diri sbb sekarang musim final. masih boleh update blog. urm, bagi saya, saya tidak tahu bila ajal datng menjemput saya. maka seseloknya saya kongsikan secepat mungkin. persoalannya, apakah saya akan bersedia untuk tidak bersedia??
~Wallahualam~
Monday, October 19, 2009
Kapten Boleh!!

Tapi, saya tau masih blom terlambat untuk kita membuat perubahan. saya takkan berputus asa. Selagi masih ada masa & peluang untuk dijalan kan, saya cuba laksanakan. penat??? MEMANG PENAT~~ leceh?? PERGH.. X YAH CAKAP AR~~ ade probability ntok berjaya?? WALLAHUALAM~~
petang tadi, lepas kutip adik2 kt skolah, landing kat ruang tamu sambil tengok TV. al-maklumlah, bersama kanak2 maka channel 611 yg dipasang. cerita **KAPTEN BOLEH** antara dalam senarai dari kul 5 p.m sampai kul 7 p.m. Bukan nk kate apelah, crita ni mmg sangat kanak2 (name pown channel astro ria ^_^ ) tapi, 1 dialog yg menarik adalah.. " Saya Boleh Melakukannya" = yg dilaungkan oleh K.B selama 3 kali ntok dapat Power. kalau diperhatikan, sangat senang nk lafazkan sesuatu, tapi hakikatnye, pelaksanaannya boleh tahan susah, andai kate xde keyakinan diri. btol x?? so, kesimpulannya, jgn putus asa dan DOA manyak2.

~ persediaan mental +fizikal untuk Final Exam.
~ Mesyuarat Agung jumaat ni.
~ Mengumpul Dana untuk KEKANDA'09
~Menolak arahan ke Kem kolej ( klu x pegi,kene pindah kolej. huhu..)
~ Mengharap segala urusan2 di atas akan dapat dilaksanakan.. +_+

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada
ALLAH.Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNYA "(Ali- Imran :159)~wallahualam~
Tuesday, October 13, 2009
Bersenang-senang Dalam Kebaikan.
“Saya bertanya kepada RasuluLLah,
“Amal manakah yang paling Allah senangi?”
RasuluLLah menjawab,
“Solat tepat pada waktunya.”
Kemudian saya bertanya lagi,
“Lalu setelah itu?”
RasuluLLah menjawab,
“Berbuat baik kepada kedua orang tua.”
“Lalu apa lagi setelah itu?”
Tanyaku lagi.
RasuluLLah menjawab,
“Jihad di jalan Allah.”
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Seorang lelaki dari Khas’am berkata,
“Saya datang menemui RasuluLLah yang saat itu berada di tengah-tengah sejumlah sahabatnya.
Saya berkata,
“Bukankah engkau yang mengaku sebagai utusan Allah?”
RasuluLLah menjawab,
“Ya.”
Saya berkata,
“Amal apakah yang paling Allah senangi?”
RasuluLLah menjawab,
“Iman kepada Allah.”
“Lalu setelah itu apa?”,
Tanyaku lebih lanjut.
“Menyambung silaturrahmi,”
jawab RasuluLLah.
“Lalu setelah itu?”,
aku bertanya lebih lanjut.
“Kemudian menyuruh kepada kebajikan dan melarang kemungkaran,”
jawab RasuluLLah.”
[Riwayat Bukhari]
Daripada AbduLLah bin Umar,
dia menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada RasuluLLah lalu bertanya,
“Amal Islam apakah yang paling baik?”
RasuluLLah menjawab,
“Memberi makanan,
mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal
ataupun yang belum engkau kenal.”
[Riwayat Bukhari]
Daripada Abu Musa,
dia berkata,
RasuluLLah ditanya,
“Islam manakah yang paling baik wahai RasuluLLah?”
RasuluLLah menjawab,
“Orang yang menjadikan orang Muslim lainnya selamat
daripada kejahatan lisan dan tangannya.”
[Riwayat Bukhari]
Monday, October 12, 2009
Tali Terkuat = Doa Rabitah

Hati ini telah mengikat setia,
Untuk mendaulatuntuk mendokong,
SyariatMu di alam maya,
maka Ya ALLAH,eratkanlah...
ikatan, Yang ada.
Maka Ya ALLAH,
eratkanlah..
ikatan, Yang ada.
Kekalkan kemesraan yang ada,
tunjukkanlah jalan yang benar,
suluhkanlah dengan cahayaMu,
tiada malam terangi alamMU,
Hidup suburkanlah dengan MaghfirahMu,
tapi jika ingin mematikannya,
matikanlah....
sebagai SYUHADA.
RSS Feed (xml)

